Sunday, August 21, 2011

Penyusuan Bayi Mengikut Fiqh Islami


Surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”


  • Penyusuan ditakrifkan sebagai susu ibu yang datang dari buah dada masuk ke dalam mulut, leher dan perut sama ada melalui buah dada atau melalui botol dan suntikan. 
  • Rukun yang menjadikan ibu itu menjadikan ibu susuan :
    • Ibu susu - mesti seorang wanita yang memungkinkan dia melahirkan anak, bukan wanita yang kecil (kanak-kanak)
    • Tidak disyaratkan menghisap susu secara langsung dari buah dada, asal dia minum maka telah menjadi anak susuan (menurut jumhur ulama dari mazhab Syafii, Hambali, Maliki, Hanafi)
      • Walaupun dialirkan melalui hidung kerana susu sampai ke perut. 
    • Wanita dan bayi itu mesti hidup
    • Bayi dua tahun ke bawah (tahun hijriyah ~ bukan masihi)
    • Bilangan hisapan :
      • Pendapat pertama ~ Mazhab Syafii 5 hisapan yang mengenyangkan dan berterusan ~tidak boleh berhenti-henti
      • Pendapat Hanafi ~ sekali pun tak apa
      • Pendapat lain ~ 3 kali hisapan
        • Hisapan tu dikatakan kenyang bila dia berhenti dan tak mau menyusu lagi. 
  • Orang dewasa tidak akan menjadi anak susuan (sila baca kisah Salim yang diceritakan oleh ustaz dalam link ini)
  • Hukum menjual susu ibu : Menurut mazhab Syafii ~ harus dijual tp implikasinya besar
  • Hukum penubuhan bank susu : 
    • Pendapat pertama : Harus secara mutlak ~ berfaedah untuk orang ramai. Mereka berpendapat kalau tidak minum secara langsung tidak menjadikan ia anak susu
    • Pendapat kedua : Haram ~ tak tahu anak siapa, ibu siapa ~ bimbang terkahwin
    • Pendapat ketiga : Harus dengan syarat ~ ada detel tentang susu itu dari siapa dan diminum oleh siapa
  • Apa yang berlaku jika adik beradik susuan berkahwin? ~ perkahwinan tidak sah tapi jika tak tahu adalah tidak berdosa dan seandainya dia tahu bahawa mereka adalah adik beradik susuan, maka suami isteri itu hendaklah dipisahkan
  • Hukum memberi anak kita supaya disusukan oleh non Muslim ~ makruh bimbang mereka tidak mengucapkan Bismillah dan mengamalkan ideologi yang lain sehingga membina sahsiah yang tidak baik kepada anak kita.