Surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud,“Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”
Penyusuan ditakrifkan sebagai susu ibu yang datang dari buah dada masuk ke dalam mulut, leher dan perut sama ada melalui buah dada atau melalui botol dan suntikan.
Rukun yang menjadikan ibu itu menjadikan ibu susuan :
Ibu susu - mesti seorang wanita yang memungkinkan dia melahirkan anak, bukan wanita yang kecil (kanak-kanak)
Tidak disyaratkan menghisap susu secara langsung dari buah dada, asal dia minum maka telah menjadi anak susuan (menurut jumhur ulama dari mazhab Syafii, Hambali, Maliki, Hanafi)
Walaupun dialirkan melalui hidung kerana susu sampai ke perut.
Wanita dan bayi itu mesti hidup
Bayi dua tahun ke bawah (tahun hijriyah ~ bukan masihi)
Bilangan hisapan :
Pendapat pertama ~ Mazhab Syafii 5 hisapan yang mengenyangkan dan berterusan ~tidak boleh berhenti-henti
Pendapat Hanafi ~ sekali pun tak apa
Pendapat lain ~ 3 kali hisapan
Hisapan tu dikatakan kenyang bila dia berhenti dan tak mau menyusu lagi.
Orang dewasa tidak akan menjadi anak susuan (sila baca kisah Salim yang diceritakan oleh ustaz dalam link ini)
Hukum menjual susu ibu : Menurut mazhab Syafii ~ harus dijual tp implikasinya besar
Hukum penubuhan bank susu :
Pendapat pertama : Harus secara mutlak ~ berfaedah untuk orang ramai. Mereka berpendapat kalau tidak minum secara langsung tidak menjadikan ia anak susu
Pendapat kedua : Haram ~ tak tahu anak siapa, ibu siapa ~ bimbang terkahwin
Pendapat ketiga : Harus dengan syarat ~ ada detel tentang susu itu dari siapa dan diminum oleh siapa
Apa yang berlaku jika adik beradik susuan berkahwin? ~ perkahwinan tidak sah tapi jika tak tahu adalah tidak berdosa dan seandainya dia tahu bahawa mereka adalah adik beradik susuan, maka suami isteri itu hendaklah dipisahkan
Hukum memberi anak kita supaya disusukan oleh non Muslim ~ makruh bimbang mereka tidak mengucapkan Bismillah dan mengamalkan ideologi yang lain sehingga membina sahsiah yang tidak baik kepada anak kita.
bilik itu sangat indah sekali, sehingga yg dr luar dapat melihat ke dalam dan yang di dalam dapat melihat keluar.
ia tidak sama dengan apapun istana di dunia ini melainkan satu tempat yang tidak terkata indahnya di syurga
menurut hadis yang dibacakan beliau, semua ahli syurga (sahaja) akan dapat melihat bilik ini seperti mana kita dapat melihat planet di horizon (ufuk) laksana kita melihat bintang, ia jauh tapi masih dapat dilihat
lalu sahabat Rasulullah bertanya siapakah yang bakal duduk di dalam bilik itu? Dan baginda menjawab :
Kepada mereka yang baik tutur katanya :
Senyum kepada orang
Membalas kejahatan dengan kebaikan
pardons who was unjust to him
Memaafkan kesalahan orang
Memberi makan kepada yang memerlukan :
Berpuasa di siang hari
Puasa mudah sebenarnya, ia mudah kepada siapa yang biasa mengamalkannya.
ALLAH menjadikannya mudah kepada orang yang biasa mengamalkannya
Puasa Isnin Khamis, 3 kali seminggu, 6 Syawal, Ashurah, Arrafah,
Solat malam :
Di ketika orang tidur
Satu kebaikan yang dilakukan secara tetap adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tersekat2
Semoga kita menjadi salah seorang yang dimudahkan ALLAH untuk melakukannya