Thursday, July 12, 2012

Forum Perdana Hal Ehwal Islam : Wasiat Terakhir



<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/zfCk1JcxlfA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Us Kazim :
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)


- Rasulullah tidak meninggalkan harta melainkan sehelai jubah, satu bekas tepung


(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
  • dua jalan hidayah yang di berikan oleh ALLAH
    • hidayah akal - boleh berfikir untuk jadi lebih baik
      • semakin lama berfikir lebih hebat
    • Rasulullah SAW
      • AlQuran
      • Hadis
  • Gunalah akal berpandukan AlQuran dan Hadis Nabi 


Dato Mashitah : 
Kenapa AlQuran dalam Bahasa Arab :


Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. Az Zukhruf : 3


Ayat Fushilat, ayat ke-44:” Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab?”


  • bangsa Arab pada ketika itu adalah bangsa yang paling teruk. Bangsa ini dipilih supaya mereka boleh berubah menjadi baik dan seterusnya akan membuktikan AlQuran berjaya mendidik. 
Moderator :
"Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (TTQ 17 : 88) 


Ustaz Kazim


  • Peringkat awal penurunan Al-Quran telah wujud penentangan. 
    • Dikatakan sihir yang nyata : 
      Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka (sesama sendiri): Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu dan mereka berkata lagi: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: Ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata. (Saba' : 43)
    • mereka mereka atau menganjurkan sesuatu yang lain untuk menandingi Nabi dan AlQuran
    • membuat satu ayat yang dikatakan lebih baik dari AlQuran sehingga ALLAH mencabar mereka dengan ayat :  Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.   
      Al-Baqarah , 23 
  • Kita bertanggungjawab menjadikan orang minat semula kepada AlQuran
  • Jangan baca Al-Quran tetapi dilaknat oleh AlQuran ((hadits Nabi adalah ungkapan berikut ini:
    كم من قارئ للقرآن والقرآن يلعنه
    “Betapa banyak orang membaca al Qur’an sedangkan al Qur’an sendiri melaknatnya.”)) --> hadis ini saya baca tiada sanad.. ia ada tertulis oleh al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin tanpa sanad dan dinyatakan sebagai perkataan Anas bin Malik dan tidak mendapatkan komentar apapun dari al Hafizh al Iraqi
Dato' Mashitah :




  • Dalam parlimen ada perlembagaan untuk dijadikan panduan, dalam kehidupan alQuran dijadikan panduan (Erk... saya rasa biar la kat mana2 pun, AlQuran tetap jadikan panduan, jangan perlembagaan mengatasi AlQuran) 
  • Nabi merintih :  25- 30:  Berkatalah rasul: "Ya Rabbi (wahai Tuhanku)! Sesungguhnya kaumku tidak memperdulikan al-Qur’an.”  
  • AlQuran kini dijadikan ubat, pembuka majlis, tangkal, pengikat kasih sahaja.
  • Sepatutnya AlQuran dijadikan :
    • sistem/manhaj kehidupan
    • hidayah
    • membentuk peribadi 
  • Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". Ayat 11 Surah AlBaqarah


Moderator : 
Daripada Ibnu Umar r.a berkata: 
"Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran." 


Soalan dari penonton : Pandangan ahli panel tentang mereka yang menggunakan ayat alQuran untuk kepentingan peribadi. 


Dato' Mashitah menjawab : 


  • Orang itu menafsirkan ayat sesuka hati 
    • dia rasa kena dengan diri ~dia guna ayat tu
    • dia rasa boleh kenakan orang lain ~ dia guna juga ayat tu
    • kalau jatuh atas batang hidung sendiri ~ dia diamkan aje
  • Orang bukan Islam boleh baca AlQuran dan Hadis (???????????????)
  • Jadikan pelaris
  • Jadikan tatu hiasan badan
  • Ceramah menggalakkan permusuhan


Soalan dari penonton :  AlQuran dijadikan hiasan dan mengamalkan pada waktu yang berbeza


Ustaz Kazim menjawab : 


  • Alquran diturunkan supaya kita beriman dengannya. 
  • “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
  • Tak salah gantung ke dinding ~ cuma kita kena amal
  • alQuran bukan bermusim spt utk org mati
  • Dalam Yasin ada :
    • ilmu pertanian ~  "Tuhan yang telah menjadikan api dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon tersebut."
      (Surah Yasin :80)
    • undang-undang jalanraya ~  (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
      Surah Yaasin 36:40
Moderator kemudiannya membaca artikel dari link ini :

Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.


“Ini kajian yang dilakukan pada 1995 dan sekarang kita percaya mereka ini sudah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga dan anak, dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil anak mereka mewarisi sifat sama,” katanya.


Dato' Mashitah : 


  • Amat mendukacitakan bila Islam ni dijadikan Islam warisan (sbb dilahirkan oleh ibubapa Muslim) bukan Islam pilihan 
  • Jika ibubapa tidak menerapkan cinta kepada agama, maka akan terhasillah pelbagai masalah sosial
  • merujuk kepada artis jadi Ustaz ~ Islam tak boleh cakap berdasarkan perasaan, tetapi ia mesti ditauliahkan, perlu ada ijazahnya


Us Kazim : 
  • Didik anak ikut kesesuaian umur mereka

Dato' Mashitah :
  • Selepas peristiwa 11 September ~ AlQuran menjadi kitab yg laris dijual kerana org barat dapat belajar ketika membaca AlQuran (erk.. tadi bukan ke cakap non Muslim tak boleh baca alquran hadis????????????? ~~ macam tak faham ai)

Sunday, August 21, 2011

Penyusuan Bayi Mengikut Fiqh Islami


Surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”


  • Penyusuan ditakrifkan sebagai susu ibu yang datang dari buah dada masuk ke dalam mulut, leher dan perut sama ada melalui buah dada atau melalui botol dan suntikan. 
  • Rukun yang menjadikan ibu itu menjadikan ibu susuan :
    • Ibu susu - mesti seorang wanita yang memungkinkan dia melahirkan anak, bukan wanita yang kecil (kanak-kanak)
    • Tidak disyaratkan menghisap susu secara langsung dari buah dada, asal dia minum maka telah menjadi anak susuan (menurut jumhur ulama dari mazhab Syafii, Hambali, Maliki, Hanafi)
      • Walaupun dialirkan melalui hidung kerana susu sampai ke perut. 
    • Wanita dan bayi itu mesti hidup
    • Bayi dua tahun ke bawah (tahun hijriyah ~ bukan masihi)
    • Bilangan hisapan :
      • Pendapat pertama ~ Mazhab Syafii 5 hisapan yang mengenyangkan dan berterusan ~tidak boleh berhenti-henti
      • Pendapat Hanafi ~ sekali pun tak apa
      • Pendapat lain ~ 3 kali hisapan
        • Hisapan tu dikatakan kenyang bila dia berhenti dan tak mau menyusu lagi. 
  • Orang dewasa tidak akan menjadi anak susuan (sila baca kisah Salim yang diceritakan oleh ustaz dalam link ini)
  • Hukum menjual susu ibu : Menurut mazhab Syafii ~ harus dijual tp implikasinya besar
  • Hukum penubuhan bank susu : 
    • Pendapat pertama : Harus secara mutlak ~ berfaedah untuk orang ramai. Mereka berpendapat kalau tidak minum secara langsung tidak menjadikan ia anak susu
    • Pendapat kedua : Haram ~ tak tahu anak siapa, ibu siapa ~ bimbang terkahwin
    • Pendapat ketiga : Harus dengan syarat ~ ada detel tentang susu itu dari siapa dan diminum oleh siapa
  • Apa yang berlaku jika adik beradik susuan berkahwin? ~ perkahwinan tidak sah tapi jika tak tahu adalah tidak berdosa dan seandainya dia tahu bahawa mereka adalah adik beradik susuan, maka suami isteri itu hendaklah dipisahkan
  • Hukum memberi anak kita supaya disusukan oleh non Muslim ~ makruh bimbang mereka tidak mengucapkan Bismillah dan mengamalkan ideologi yang lain sehingga membina sahsiah yang tidak baik kepada anak kita. 


Saturday, July 16, 2011

Keseronokan Bekerja


Kenapa tidak seronok bekerja?
  • Ramai orang tak nampak keperluan ceria dalam pekerjaan
  • Tidak berdoa untuk seronok 
  • Ikut mood 

Kesan seronok bekerja :
  • Sihat - sbb tu seronok pergi kerja
  • Muka cun
  • Otak kreatif
  • Kerjanya produktif
  • Auranya besar - aura ada 3 lapis iaitu kesihatan, keceriaan dan keimanan
Tips untuk seronok bekerja :


"Menurut Kung Fu Tze - Kalau dapat kerja yang seronok, dia tidak perlu bekerja"



Bagaimana untuk ceria di tempat kerja :
  • Mulakan dengan diri sendiri
  • Ceriakan orang lain juga
  • Cetuskan suasana yang ceria - gunakan kaler KUNING untuk rasa seronok dan ceria
  • Raikan sesuatu 
Monday Blues :
  • Mood tak naik sebab dah cuti Sabtu dan Ahad
  • Jgn disebabkan orang lain, kita pula yang bad mood
Bagaimana untuk seronok jika kerja sendiri :
  • Bersyukur sebab ada kerja
  • You are your own boss - patut lebih seronok
  • Pergi tempat kerja senyum
  • Mulakan kerja dengan doa
  • Pasang niat untuk buat kerja dengan baik
  • Jangan ikut mood orang
  • Jgn fed-up dengan rakan sekerja
"Orang yang seronok tidak semestinya senyum, tapi kalau orang senyum dia mesti seronok"



Apakah faktor yang boleh menyebabkan kita ceria di tempat kerja?
  • Kita seronok dengan kerja yang kita buat
  • Bentuk suasana yang seronok
  • Kita ceriakan orang
  • Buang perkara yang menyebabkan kita tidak ceria
  • Salam dan peluk rakan sekerja sebelum pulang

Setiap malam, set mood untuk ceria dan gembira sebelum tidur

Thursday, July 14, 2011

High Rooms Of Paradise


Penceramah : Nawaf Salim

Menceritakan tentang bilik tertinggi di Syurga...
  • bilik itu sangat indah sekali, sehingga yg dr luar dapat melihat ke dalam dan yang di dalam dapat melihat keluar.
  • ia tidak sama dengan apapun istana di dunia ini melainkan satu tempat yang tidak terkata indahnya di syurga
  • menurut hadis yang dibacakan beliau, semua ahli syurga (sahaja) akan dapat melihat bilik ini seperti mana kita dapat melihat planet di horizon (ufuk) laksana kita melihat bintang, ia jauh tapi masih dapat dilihat
  • lalu sahabat Rasulullah bertanya siapakah yang bakal duduk di dalam bilik itu? Dan baginda menjawab : 
    • Kepada mereka yang baik tutur katanya :
      • Senyum kepada orang
      • Membalas kejahatan dengan kebaikan
      • pardons who was unjust to him
      • Memaafkan kesalahan orang
    • Memberi makan kepada yang memerlukan :
    • Berpuasa di siang hari
      • Puasa mudah sebenarnya, ia mudah kepada siapa yang biasa mengamalkannya.
      • ALLAH menjadikannya mudah kepada orang yang biasa mengamalkannya
      • Puasa Isnin Khamis, 3 kali seminggu, 6 Syawal, Ashurah, Arrafah, 
    • Solat malam :
      • Di ketika orang tidur
  • Satu kebaikan yang dilakukan secara tetap adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tersekat2
Semoga kita menjadi salah seorang yang dimudahkan ALLAH untuk melakukannya


hfghdjh