Sunday, August 21, 2011

Penyusuan Bayi Mengikut Fiqh Islami


Surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”


  • Penyusuan ditakrifkan sebagai susu ibu yang datang dari buah dada masuk ke dalam mulut, leher dan perut sama ada melalui buah dada atau melalui botol dan suntikan. 
  • Rukun yang menjadikan ibu itu menjadikan ibu susuan :
    • Ibu susu - mesti seorang wanita yang memungkinkan dia melahirkan anak, bukan wanita yang kecil (kanak-kanak)
    • Tidak disyaratkan menghisap susu secara langsung dari buah dada, asal dia minum maka telah menjadi anak susuan (menurut jumhur ulama dari mazhab Syafii, Hambali, Maliki, Hanafi)
      • Walaupun dialirkan melalui hidung kerana susu sampai ke perut. 
    • Wanita dan bayi itu mesti hidup
    • Bayi dua tahun ke bawah (tahun hijriyah ~ bukan masihi)
    • Bilangan hisapan :
      • Pendapat pertama ~ Mazhab Syafii 5 hisapan yang mengenyangkan dan berterusan ~tidak boleh berhenti-henti
      • Pendapat Hanafi ~ sekali pun tak apa
      • Pendapat lain ~ 3 kali hisapan
        • Hisapan tu dikatakan kenyang bila dia berhenti dan tak mau menyusu lagi. 
  • Orang dewasa tidak akan menjadi anak susuan (sila baca kisah Salim yang diceritakan oleh ustaz dalam link ini)
  • Hukum menjual susu ibu : Menurut mazhab Syafii ~ harus dijual tp implikasinya besar
  • Hukum penubuhan bank susu : 
    • Pendapat pertama : Harus secara mutlak ~ berfaedah untuk orang ramai. Mereka berpendapat kalau tidak minum secara langsung tidak menjadikan ia anak susu
    • Pendapat kedua : Haram ~ tak tahu anak siapa, ibu siapa ~ bimbang terkahwin
    • Pendapat ketiga : Harus dengan syarat ~ ada detel tentang susu itu dari siapa dan diminum oleh siapa
  • Apa yang berlaku jika adik beradik susuan berkahwin? ~ perkahwinan tidak sah tapi jika tak tahu adalah tidak berdosa dan seandainya dia tahu bahawa mereka adalah adik beradik susuan, maka suami isteri itu hendaklah dipisahkan
  • Hukum memberi anak kita supaya disusukan oleh non Muslim ~ makruh bimbang mereka tidak mengucapkan Bismillah dan mengamalkan ideologi yang lain sehingga membina sahsiah yang tidak baik kepada anak kita. 


Saturday, July 16, 2011

Keseronokan Bekerja


Kenapa tidak seronok bekerja?
  • Ramai orang tak nampak keperluan ceria dalam pekerjaan
  • Tidak berdoa untuk seronok 
  • Ikut mood 

Kesan seronok bekerja :
  • Sihat - sbb tu seronok pergi kerja
  • Muka cun
  • Otak kreatif
  • Kerjanya produktif
  • Auranya besar - aura ada 3 lapis iaitu kesihatan, keceriaan dan keimanan
Tips untuk seronok bekerja :


"Menurut Kung Fu Tze - Kalau dapat kerja yang seronok, dia tidak perlu bekerja"



Bagaimana untuk ceria di tempat kerja :
  • Mulakan dengan diri sendiri
  • Ceriakan orang lain juga
  • Cetuskan suasana yang ceria - gunakan kaler KUNING untuk rasa seronok dan ceria
  • Raikan sesuatu 
Monday Blues :
  • Mood tak naik sebab dah cuti Sabtu dan Ahad
  • Jgn disebabkan orang lain, kita pula yang bad mood
Bagaimana untuk seronok jika kerja sendiri :
  • Bersyukur sebab ada kerja
  • You are your own boss - patut lebih seronok
  • Pergi tempat kerja senyum
  • Mulakan kerja dengan doa
  • Pasang niat untuk buat kerja dengan baik
  • Jangan ikut mood orang
  • Jgn fed-up dengan rakan sekerja
"Orang yang seronok tidak semestinya senyum, tapi kalau orang senyum dia mesti seronok"



Apakah faktor yang boleh menyebabkan kita ceria di tempat kerja?
  • Kita seronok dengan kerja yang kita buat
  • Bentuk suasana yang seronok
  • Kita ceriakan orang
  • Buang perkara yang menyebabkan kita tidak ceria
  • Salam dan peluk rakan sekerja sebelum pulang

Setiap malam, set mood untuk ceria dan gembira sebelum tidur

Thursday, July 14, 2011

High Rooms Of Paradise


Penceramah : Nawaf Salim

Menceritakan tentang bilik tertinggi di Syurga...
  • bilik itu sangat indah sekali, sehingga yg dr luar dapat melihat ke dalam dan yang di dalam dapat melihat keluar.
  • ia tidak sama dengan apapun istana di dunia ini melainkan satu tempat yang tidak terkata indahnya di syurga
  • menurut hadis yang dibacakan beliau, semua ahli syurga (sahaja) akan dapat melihat bilik ini seperti mana kita dapat melihat planet di horizon (ufuk) laksana kita melihat bintang, ia jauh tapi masih dapat dilihat
  • lalu sahabat Rasulullah bertanya siapakah yang bakal duduk di dalam bilik itu? Dan baginda menjawab : 
    • Kepada mereka yang baik tutur katanya :
      • Senyum kepada orang
      • Membalas kejahatan dengan kebaikan
      • pardons who was unjust to him
      • Memaafkan kesalahan orang
    • Memberi makan kepada yang memerlukan :
    • Berpuasa di siang hari
      • Puasa mudah sebenarnya, ia mudah kepada siapa yang biasa mengamalkannya.
      • ALLAH menjadikannya mudah kepada orang yang biasa mengamalkannya
      • Puasa Isnin Khamis, 3 kali seminggu, 6 Syawal, Ashurah, Arrafah, 
    • Solat malam :
      • Di ketika orang tidur
  • Satu kebaikan yang dilakukan secara tetap adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tersekat2
Semoga kita menjadi salah seorang yang dimudahkan ALLAH untuk melakukannya


hfghdjh